APABILA RODA VESPA ITU TIDAK BERGERAK LAGI
SALAM SEJAHTERA
RAMAI YANG TAHU JAMBOL A.MAHMUD
RAMAI YANG TAHU SANGGOL LINTANG A.JENAB
TIDAK RAMAI YANG INGAT WAJAH PELUKISNYA.
TIDAK RAMAI YANG PEDULI NASIB PELUKISNYA.
BEBERAPA TAHUN LALU..
GUA DAN ROSLI ILHAM KE RUMAHNYA DI KAMPUNG ALUR TEMBESU.
UNTUK MENCERITAKAN PENDERITAANYA
DIA ENGGAN...
GUA KATAKAN PADA FATAH.
GUA ADALAH PEMINAT TEGARNYA..
DIA HANYA TERSENYUM...
BANYAK YANG DILUAH.
BANYAK YANG DIKONGSI.
DALAM DERITA..
FATAH SEMPAT MENGHASILKAN SEMBILAN LUKISAN..
LUAHAN RASA..
LUAHAN DUKA..
BERIKUT CATATAN SAHABAT GUA
ROSLI ILHAM
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan kerjasama Cartoonist At Work (CAW) akan membantu kartunis terkenal tanah air, Fatah Ngah,57, yang pernah popular dengan watak A Mahmud untuk menjual hasil karyanya bagi membiayai kos perubatan termasuk perbelanjaan sara hidupnya.
Pengerusi Biro Ekonomi&Pembangunan Usahawan, Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Fatah menyatakan persetujuannya untuk menjual karyanya kepada sesiapa yang berminat.
Katanya,CAW akan cuba menjual hasil tangan kartunis terbabit kepada syarikat korporat atau individu yang menghargainya.
Beliau bangga dengan hasil kerja seni kartunis berkenaan kerana hasil seninya berkualiti dan mempunyai makna tersendiri.
Datuk Sohaimi yang juga Penaung CAW berkata, dia sedih apabila melihat kartunis Fatah yang popular melalui majalah Gila-Gila menderita penyakit saraf dan kini hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.
Fatah perlu menjalani rawatan susulan dan Pegerakan pemuda Umno Dungun dengan CAW akan berusaha membantu mencari pakar urat saraf bagi kartunis itu mendapatkan rawatan fisioterapi.
Datuk Sohaimi yang suatu ketika dahulu dikenali kartunis ‘Chek’ diera 80an dan 90an berkata, Fatah kini hanya bergantung kepada bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jumlah itu tidak cukup untuk menampung kos perubatannya.
Mereka yang berminat untuk membeli hasil karya Fatah boleh menghubungi
Pengarah Urusan CAW, Buhairi Ramli
di talian 019-6730985 atau 018-2584397.

Comments
Post a Comment