PELAN PELAN KAYOH

Sunday, October 30, 2011

POK AMAI AMAI

SALAM SEJAHTERA


BOLASEPAK ADALAH TENTANG KEHIDUPAN.

MENGEJAR..
TERKEJAR KEJAR..

MEMBURU..
TERBURU BURU..

MELEDAK..
TERSEDAK SEDAK..

SERING TERSASAR..
DALAM SEBUAH LAPANG SASAR!!!

Friday, October 28, 2011

EMAK...SELAMAT HARI LAHIR..LUV U 4EVER N EVER...

SALAM SEJAHTERA

DEY!!
MACHA...
ADA NAMPAK ASP ALEX..
ADA NAMPAK PHOOJA...

PSSTT!!
FOLLOW ME...
MANA PIGI..
BELI BEDAK CAP DIVISEN...

WOKEH!!!


Monday, October 24, 2011

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

SALAM SEJAHTERA

MASA HIDUP MISKIN.
CUMA MAHU SEDIKIT MAKANAN UNTUK MENGALAS PERUT.
TABAH DIUJI DENGAN KEPAYAHAN.
RAJIN SOLAT DAN BERDOA...

MAKA HIDUP PENUH BERKAT..
MAKANAN SEMAKIN LAZAT..
HIDUP SEMAKIN NIKMAT...
DAPAT APA YANG DIHAJAT...
RASA MACAM NAIK DARJAT.

JIWA DIKACAU HARUT MARUT KARUT MARUT...
HARTA DIDUNIA MAHU DIKAUT....

SUDDENLY...
KETIKA MEWAH
DAN IMAN SEMAKIN LEMAH

TANPA DISEBUT SEBUT...
AJAL DATANG MENJEMPUT!!!!

Sunday, October 23, 2011

WHO LET THE DOGS OUT

SALAM SEJAHTERA

ANJING DOBERMAN GARANG...
MENYALAK KE SINI SANA
MENGGIGIT DI SINI SANA..
MERENGUS DI SINI SANA...

ALL OF SUDDEN..
ANJING DOBERMAN YANG MENYALAK,MENGGIGIT DAN MERENGUS..
SUDAH HILANG GARANG AKIBAT TIDAK BERNYAWA.

TERGOLEK DOG DI JALANRAYA!!!

DILANGGAR KERETA YANG SISTEM BRAKENYA TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK AKIBAT KEBOCORAN PADA SLAVE CYLINDER HAUS DAN CALAR KERANA MASTER PUMP BARU DITUKAR MEMBERIKAN FLUID PRESSURE BERLEBIHAN.

MANAKALA PEMANDUNYA YANG RABUN...
KUAT MELATAH!!!

MAK LIMAH TAK BALIK RUMAH

SALAM SEJAHTERA

BILA UMUR TERHENTI...
MACAM MACAM ANUGERAH DUNIA YANG DIBERI.
ADA DAPAT TUN ADA DAPAT TAN SRI.
ADA YANG SEKADAR DIKENANG.
ADA YANG TERUS MENGHILANG...
ADA JUGA YANG DIHARGAI.
ADA YANG SEKADAR BERLALU PERGI....

HARI DEMI HARI..
SEMAKIN BANYAK YANG PERLU DIPELAJARI..

DUNIA BERWARNA WARNI
SCREEN SAVER BERSILIH GANTI..

BODOH MAKIN SOMBONG.
SOMBONG MAKIN BODOH.

TERLUPA LAH..
YANG MANA HANYA SEMENTARA..
YANG MANA KEKAL SELAMANYA..

Wednesday, October 19, 2011

BURUNG TIONG DAN TUNGGUL REPUT

SALAM SEJAHTERA


BILA BERCERITA..
DIA GEMAR MENGINGAT KETIKA ZAMAN SUSAH..
TIDAK BERBANGGA BANGGA..
DENGAN APA YANG DIMILIKI..
KERANA SEDAR SEMUANYA HANYA PINJAMAN..

TAK KIRA LAH..
SAMADA DI PANGGIL JATI DIRI..
ATAU CENGAL DIRI..
ATAU BALAU DIRI....
MAHU PUN MERANTI DIRI...

IKHLAS BUKAN YANG LAHIR DI MULUT..
DIA AKAN SENTIASA TERPEROSOK JAUH DI SUDUT HATI..
NAMUN TAMPAK JELAS..
SEPERTI TERBIT MATAHARI...
WALAUPUN DI SAAT MATA TERPEJAM!!!

Monday, October 17, 2011

BIAR BURUK KAIN DIPAKAI...

SALAM SEJAHTERA

ADA PANGGIL EMAK..
ADA PANGGIL IBU..
ADA PANGIL UMMI..
ADA PANGGIL MAMA...

DALAM SUARA PENUH HARAPAN..
ANAK KESAYANGAN DALAM DAKAPAN..

MENYANYIKAN LAGU CIPTAAN SENDIRI..
DENGAN MELODI SESUKA HATI...
TETAPI IKHLAS DI SANUBARI...

SUARA EMAK,IBU.UMMI DAN MAMA..
TERNGIANG NGIANG DI TELINGA..

ANAK EMAK TAK CANTIK..
ANAK EMAK TAK MOLEK..

TAPI BAIK BUDI..
BAIK BAHASA....

LAGU ITU MASIH TERNGIANG NGIANG DI TELINGA.
SEHINGGA ANAK ITU DEWASA...




Sunday, October 16, 2011

TEKNIK SENAMAN MATA KUCING

SALAM SEJAHTERA

KUCING GUA TAK GLAMOUR..
NAMA PUN SIMPLE AJEE...
BUSYUK...

KALAU NAK GUGUR.
GUGUR LAH NANGKA.
KALAU NAK TIDUR.
TIDURLAH MATA...

Wednesday, October 12, 2011

IKAN PUYU MAKAN BISKUT

SALAM SEJAHTERA

ORANG SELALU KATA...
CAKAP SENANG LA...
BUKAN KENA BAYAR PUN..

MAKA SENANG SENANG LA..
MEREKA BERCAKAP..
CAKAP SINI..
CAKAP SANA..

SUDDENLY..
UMUR PUN TERHENTI.....

ALAMAK..
BUKAN PERCUMA..
KENA BAYAR RUPANYA!!!

DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
BANYAK PERSOALAN

TIMBUL DAN TENGGELAM.
MUNCUL DAN KARAM....

Tuesday, October 11, 2011

BILA KUCING SAKIT GIGI....

SALAM SEJAHTERA

ANTARA TOPIK PENTING
KELAB BATU BERSURAT..
KISAH KUCING DAN PERANGAINYA...

KALAU TAKAT DUA TIGA EKOR..
BOLEH LAH BAGI NAMA..
KALAU DAH MASUK DUA PULUH TIGA PULUH EKOR...

MAK AII...
MACAM MACAM NAMA LAH...

TAPI SEMUANYA SAMA..
TIDAK MENGAUM...
HANYA MEOW MEOW...

Sunday, October 9, 2011

TONG KOSONG BERKOKOK

SALAM SEJAHTERA

CHISS!!!
LU MEMANG BINATANG..

DIA PANDANG GUA..
GUA PANDANG DIA..

MEOW...
MANJA JEEE BUNYINYA...
LU MEMANG BINATANG...
BINATANG KESAYANGAN GUA...

SEBAB LU LEBIH JUJUR
SEBAB LU LEBIH PANDAI BERTERIMA KASIH..

KEPADA ALLAH..
JUGA KEPADA MANUSIA...

Saturday, October 1, 2011

KELMARIN YANG MASIH PIJAR

SALAM SEJAHTERA

SEMALAM WARNA LAIN..
HARI INI LAIN WARNA..
KELMARIN TAK WARNA MACAM NI..
HARI TU LAIN MACAM WARNANYA...

TAPI ..
BAGUS JUGA..
ADA MACAM MACAM WARNA...
MAKA BERWARNA WARNI LAH...
SEBUAH KEHIDUPAN...
SEBELUM LAYU..
SEBELUM KAKU!!

DALAM DEGUP JANTUNG

SALAM SEJAHTERA

PASANGAN KEMBAR SIAM YANG MENDAPAT PERHATIAN PELBAGAI PIHAK TERMASUK MENTERI BESAR TERENGGANU,DATUK SERI AHMAD SAID DIBERIKAN NAMA NUR SHAZWANIE DAN NUR SHARINIE.

ZULKIFLI NGAH, 41 TAHUN BERKATA ANAKNYA SELAMAT DILAHIRKAN DI HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ), KUALA TERENGGANU KIRA-KIRA JAM 11 PAGI, 22 SEPTEMBER LALU.

BELIAU BERSYUKUR DENGAN KETENTUAN ILLAHI SEJAK DOKTOR MEMAKLUMKAN BAHAWA ISTERINYA NORAINI MOHAMAD,31 TAHUN BAKAL MELAHIRKAN BAYI KEMBAR SIAM,

SEMOGA DIBERKATI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT.