PELAN PELAN KAYOH

Tuesday, December 11, 2012

PANAH BERACUN

salam sejahtera

maka berlagu lah...
dari kerana mata....

maka bernyanyilah..
dari mata turun ke hati...

maka bergembira lah..
bila mata bertentang mata...

ada mata lebah..
ada mata lalat!!

Tuesday, October 23, 2012

RIMBUN RIMBA CINTA

salam sejahtera


orang selalu kata
selalu orang kata
orang kata..
selalu nya...

katanya..
jiwa tidak tenang
jiwa tidak tenteram

jiwa pun bertanya..
apa itu tenang..
apa itu tenteram

jawaban satu soalan
soalan satu jawaban
mentari terbit di ufuk timur...

dalam kesempatan singkat..
sebelum terbit dari barat.

SUBHANALLAH.
ALHAMDULILLAH.
ALLAH HUAKBAR!

 pix-fitri kenyir rangers




MALAM MENANTI SIANG MENANTI MALAM

salam sejahtera

tasik kenyir
terlalu banyak untuk dinikmati
hutan batu
hutan kayu

tiga hari
dua malam
rosli,ujang,fitri
tak lupa labu dan labi.

berkemah di lata berua..
bermandikan oksigen.

dua ekor baung versi air terjun
nikmat tak terhingga..

siang melabuhkan tirai.
suara katak mendayu dayu...
tidur pasir di lantai
dilangit bintang beribu..

ALLAH HUAKBAR.

PIX-FITRI- KENYIR RANGERS

ROCK BEBEH!!

salam sejahtera
manusia sama saja..
sama saja manusia...
masing masing ada kelebihan
masing masing ada kekurangan
kurang atau lebih
lebih atau kurang
dalam dunia pinjam pinjaman..
semuanya adalah kurniaan ALLAH.

pix dan dekorasi batu-FITRI-KENYIR RANGERS




Friday, August 31, 2012

DALAM SUJUD PANJANG

salam sejahtera


dalam mengejar duit
manusia berbelit belit
banyak masih sikit
sikit rasa sakit

mulut lafaz syukur
hati penuh takbur

bila nafas terhenti
ia bukan akhir perjalanan
bila hilang denyut nadi
ia adalah satu permulaan

lidah dan hati
sering tidak sehaluan,,
mulut membuka kata
jari memetik nista

gerak bibir bersuara
percuma memperdaya dunia.

tiada yang rugi
itu janji pasti...

Saturday, August 4, 2012

GELAS SEPARUH PENUH

salam sejahtera

meraung raung
hilang lima posen

diganti dengan lima posen
masih meraung raung

sepatutnya sudah ada sehengget
meraung raung
terus meraung raung...

senja pun tiba..

Tuesday, July 31, 2012

HITAM PUTIH

salam sejahtera

menjengah dunia fana..
bernafas..
menangis..

merangkak
berjalan
berlari

harta milik kuasa
kuasa milik harta

menangis
tertawa
gembira
berduka .

di penghujung
tidak lagi ..
merangkak
berjalan
berlari
bernafas..

hilang tangis,tawa,gembira,duka sengsara

akhir satu perjalanan
satu permulaan yang abadi.

ia bukan teka teki.

MENITI TITIAN USANG

salam sejahtera

meratap di dinding
mengeluh di dinding
bongkak di dinding
bengkak di dinding

dinding penuh keluh kesah
dinding penuh resah gelisah

dinding dihias tirai
semakin jauh dari lantai

Friday, July 6, 2012

BULAN DI TUTUP AWAN

salam sejahtera

mungkin pandai berpidato
tetapi tidak mampu memanjat pohon nyior

mungkin mahir bertukang keris
tetapi tidak pandai menulis

mungkin pintar itu dan ini
tetapi tidak pandai menjahit guni

apalah erti.. tatkala pandai-mahir dan pintar..
di jiwa masih takbur..
malah enggan sujud bersyukur..

Wallahu'alam

Thursday, June 14, 2012

DEDAUN MASA

salam sejahtera

di satu selekoh tajam
sahabat gua bertanya
berapa lama manusia mampu berpura pura..

selama mana mereka mampu
selama mana mereka mahu...

kenapa begitu...

kerana...
selepas maut menjemput...
kita tidak akan lagi mampu
untuk berpura pura..
untuk bermuka muka...

Thursday, May 31, 2012

MENGGEGET TIGA RASA

salam sejahtera

sabar itu separuh dari iman
ada yang kata separuh dari sabarudin
ada yang kata separuh dari sabariah

dengan berbekalkan umpan cacing
dan sedikit kesabaran
sambil merenung riak air di kolam pancing kampung panji

ni mamu nak habaqqq..

sewa dia lagu ni...
satu jam sepuluh ringgit..
tiga jam..dua puluh ringgit..

ada hari..sepi..
ada hari..ada mari..


dey!
machaa...
muka ada sunyum...