PELAN PELAN KAYOH

Monday, September 26, 2011

SEPOHON KAYU DAUN YANG RIMBUN

SALAM SEJAHTERA


JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA
-ZUBIR a.k.a ROSLI ILHAM
-DATUK SOHAIMI SHAHADAN
-CARTOONISt AT WORK.C-A-W
-AHLI PARLIMEN DUNGUN,YB MATULIDI JUSOH
-PRESIDEN KAWAT,SAUDARA AYOB MAMAT

KERANA SUDI BERKONGSI CERITA.
KERANA SUDI BERKONGSI DERITA.

SEMOGA KARTUNIS VETERAN TERSOHOR.
SAUDARA FATAH NGAH DAPAT DIPULIHKAN.
DAN KEPRIHATINAN YANG ADA.
TIDAK TERHENTI DISINI.

SEMOGA DIBERKATI ALLAH.
DUNIA DAN AKHIRAT.


Friday, September 23, 2011

APABILA RODA VESPA ITU TIDAK BERGERAK LAGI

SALAM SEJAHTERA

RAMAI YANG TAHU JAMBOL A.MAHMUD
RAMAI YANG TAHU SANGGOL LINTANG A.JENAB
TIDAK RAMAI YANG INGAT WAJAH PELUKISNYA.
TIDAK RAMAI YANG PEDULI NASIB PELUKISNYA.

BEBERAPA TAHUN LALU..
GUA DAN ROSLI ILHAM KE RUMAHNYA DI KAMPUNG ALUR TEMBESU.
UNTUK MENCERITAKAN PENDERITAANYA
DIA ENGGAN...

GUA KATAKAN PADA FATAH.
GUA ADALAH PEMINAT TEGARNYA..
DIA HANYA TERSENYUM...
BANYAK YANG DILUAH.
BANYAK YANG DIKONGSI.

DALAM DERITA..
FATAH SEMPAT MENGHASILKAN SEMBILAN LUKISAN..
LUAHAN RASA..
LUAHAN DUKA..

BERIKUT CATATAN SAHABAT GUA

ROSLI ILHAM

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan kerjasama Cartoonist At Work (CAW) akan membantu kartunis terkenal tanah air, Fatah Ngah,57, yang pernah popular dengan watak A Mahmud untuk menjual hasil karyanya bagi membiayai kos perubatan termasuk perbelanjaan sara hidupnya.

Pengerusi Biro Ekonomi&Pembangunan Usahawan, Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Fatah menyatakan persetujuannya untuk menjual karyanya kepada sesiapa yang berminat.

Katanya,CAW akan cuba menjual hasil tangan kartunis terbabit kepada syarikat korporat atau individu yang menghargainya.

Beliau bangga dengan hasil kerja seni kartunis berkenaan kerana hasil seninya berkualiti dan mempunyai makna tersendiri.

Datuk Sohaimi yang juga Penaung CAW berkata, dia sedih apabila melihat kartunis Fatah yang popular melalui majalah Gila-Gila menderita penyakit saraf dan kini hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Fatah perlu menjalani rawatan susulan dan Pegerakan pemuda Umno Dungun dengan CAW akan berusaha membantu mencari pakar urat saraf bagi kartunis itu mendapatkan rawatan fisioterapi.

Datuk Sohaimi yang suatu ketika dahulu dikenali kartunis ‘Chek’ diera 80an dan 90an berkata, Fatah kini hanya bergantung kepada bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jumlah itu tidak cukup untuk menampung kos perubatannya.

Mereka yang berminat untuk membeli hasil karya Fatah boleh menghubungi

Pengarah Urusan CAW, Buhairi Ramli
di talian 019-6730985 atau 018-2584397.


Wednesday, September 21, 2011

TORTOISE IN DA PERAHU

SALAM SEJAHTERA

BANYAK SUNGGUH BIDALAN ORANG TUA...

MATI SEMUT KERANA GULA.
MELEPASKAN ANJING TERSEPIT.
KERANA PULUT SANTAN BINASA.
TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT.

ADA JUGA PANTUN LAMA..
MACAM TULANG JUGAK LA..
ADA EMPAT KERAT.

DALAM SEMAK ADA DURI.
AYAM KUNING BUAT SARANG,
ORANG TAMAK SELALU RUGI.
BAGAI ANJING DENGAN BAYANG.

YANG KURIK ITU KENDI.
YANG MERAH ITU SAGA.
YANG BAIK ITU BUDI.
YANG INDAH ITU BAHASA.

BILA DIKERAT JADI SEKERAT.
YANG TINGGAL HANYA DUA KERAT.

PHOOJA DAN ASP ALEX KETIAK HANGIT.
JANGAN MELUDAH KE LANGIT!!!


Sunday, September 11, 2011

KESAMARATAAN KESEMENTARAAN

SALAM SEJAHTERA

WORLD TRADE CENTER RUNTUH
ISTILAH ISLAMOPHOBIA SEMAKIN UTUH.

SUN TZU MENGAJAR ILMU..
RUNTUHKAN BANGUNAN KAKU..
TUDING JARI KESINI KE SITU..
SI DUNGU TIDAK AKAN TAHU...

UMAT ISLAM BERDEBAT SANA SINI
KAFIR HARBI MENYAKAT SINI SANA

MINDA TERUS DIJAJAH..

MUDAH SELEPAS HIDUP MEWAH.
SEMUA MAKIN PINTAR..
AKIDAH JAUH DILONTAR..

PESAN ORANG KITA..
USAH DIKENANG YANG TELAH PERGI..
SEDANGKAN MEREKA SENTIASA MENANTI..

DALAM RESAH DI ALAM BARZAH..
MENGHARAPKAN DOA DAN AL FATIHAH..

Thursday, September 8, 2011

ANA RAFFALI SINGING TOLONG INGATKAN AKU

SALAM SEJAHTERA

TIBA TIBA..
RAMAI YANG JADI PAKAR SEJARAH..
MENGUPAS KISAH TANAH TUMPAH DARAH.

MUNCUL JUGA AHLI FALSAFAH..
MERACAU DI CELAH CELAH SAMPAH.

MAKA IBU BAPA BERPESAN..
ANAK ANAK KU..
TUNTUTLAH ILMU..
SUPAYA HIDUP BERJAYA DAN MENJADI KAYA RAYA...
BOLEH MEMILIKI HARTA BERHARGA...
MAMPU MELILIT ISTERI JELITA..
DENGAN EMAS DAN PERMATA...

MAKA TERLUPA LAH AKAN PESAN INSAN YANG ARIF...

APABILA ENGKAU MENDAPAT WANG..
BELIKAN EMAS !!
JUALKAN EMAS ITU...
BELIKAN INTAN !!
JUALKAN INTAN ITU..
BELIKAN MANIKAM..
JUALKAN MANIKAM ITU..
BELIKAN ILMU!!!!!!!!

Wednesday, September 7, 2011

ANTARA PULASAN DAN RAMBUTAN

SALAM SEJAHTERA

TIGA EKOR KUCING GELANDANGAN..
DIBERI MAKAN SISA MAKANAN..
MENGGIGIT MANJA JARI KAKI..
TANDA BERTERIMA KASIH...

ANJING DI KEBUN PITTAYA ZAHAR..
DIBERI SEKEPING ROTI...
BERLARI RIANG KESANA SINI..
MENJAGA LADANG DARI PENCURI...

BEROK,KERA,MAWAS DAN KOKANG..
DI BERI PISANG..
KADANG KADANG PISANG AWAK..
KADANG KADANG PISANG ABU..
KADANG KADANG PISANG JELAI BERANGAN..

MENJERIT JERIT TIDAK KERUAN...
MENGGIGIT TANGAN YANG MEMBERI MAKANAN..

DEY!!!!

YENNADEY!!!

Monday, September 5, 2011

HENTIAN TEKSI YANG SUNYI

SALAM SEJAHTERA

MENGUBAT LUKA..
MERAWAT DUKA...
DI MANA MANA JUA..

PLANET BUMI YANG INDAH
DENGAN LAMPU NEON..
SUKA ATAU TIDAK..
KITA AKAN MENINGGALKANYA..
HANYA LAMBAT ATAU CEPAT...

UNTUK MENGHADIRKAN DIRI KE ALAM YANG KEKAL ABADI..
MULIA DI DUNIA..
SEMOGA MULIA DI SANA JUA..
INSYAALLAH..

AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM FAIZUL..
UNTUK KEDUA IBUBAPA..
JUGA UNTUK PARA IKHWAN..

Sunday, September 4, 2011

POHON KIRIMKAN AKU AL FATIHAH

SALAM SEJAHTERA

SAHABAT YANG LUCU DALAM BANYAK SUASANA..
KENANGAN TINGGAL KENANGAN.

SEMUA AKAN PERGI..
MUNGKIN SEMALAM,ESOK ATAU HARI INI..
DI WAKTU HARTA TIDAK BERGUNA LAGI...
HANYA UNTUK YANG BERNAFAS LAGI...

INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI..

KITA SERING TERLUPA..
BAHAWA..

MATI ITU PASTI..
HIDUP....
INSYAALLAH!!!


AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM FAIZUL DARI BERNAMA TV.






Friday, September 2, 2011

IBU..ENGKAULAH RATU HATI KU..

SALAM SEJAHTERA

LAGU PASAL KUPANG..

SERINGGIT SI DUA KUPANG.
DAN
LAGU TIGA KUPANG.

KUPANG SWEET SOUR..
KUPANG BLACK PEPPER..

AIDILFITRI BERTAMBAH CERIA..
PENGIKAT KASIH SAYANG KELUARGA.