PELAN PELAN KAYOH

Friday, August 31, 2012

DALAM SUJUD PANJANG

salam sejahtera


dalam mengejar duit
manusia berbelit belit
banyak masih sikit
sikit rasa sakit

mulut lafaz syukur
hati penuh takbur

bila nafas terhenti
ia bukan akhir perjalanan
bila hilang denyut nadi
ia adalah satu permulaan

lidah dan hati
sering tidak sehaluan,,
mulut membuka kata
jari memetik nista

gerak bibir bersuara
percuma memperdaya dunia.

tiada yang rugi
itu janji pasti...

Saturday, August 4, 2012

GELAS SEPARUH PENUH

salam sejahtera

meraung raung
hilang lima posen

diganti dengan lima posen
masih meraung raung

sepatutnya sudah ada sehengget
meraung raung
terus meraung raung...

senja pun tiba..