PELAN PELAN KAYOH

Tuesday, July 31, 2012

HITAM PUTIH

salam sejahtera

menjengah dunia fana..
bernafas..
menangis..

merangkak
berjalan
berlari

harta milik kuasa
kuasa milik harta

menangis
tertawa
gembira
berduka .

di penghujung
tidak lagi ..
merangkak
berjalan
berlari
bernafas..

hilang tangis,tawa,gembira,duka sengsara

akhir satu perjalanan
satu permulaan yang abadi.

ia bukan teka teki.

MENITI TITIAN USANG

salam sejahtera

meratap di dinding
mengeluh di dinding
bongkak di dinding
bengkak di dinding

dinding penuh keluh kesah
dinding penuh resah gelisah

dinding dihias tirai
semakin jauh dari lantai

Friday, July 6, 2012

BULAN DI TUTUP AWAN

salam sejahtera

mungkin pandai berpidato
tetapi tidak mampu memanjat pohon nyior

mungkin mahir bertukang keris
tetapi tidak pandai menulis

mungkin pintar itu dan ini
tetapi tidak pandai menjahit guni

apalah erti.. tatkala pandai-mahir dan pintar..
di jiwa masih takbur..
malah enggan sujud bersyukur..

Wallahu'alam